Loading...

Rumah tangga personaliti Aidid Marcello bersama Norzie Pak Wan Chik sudah memasuki usia 13 tahun dan setiap kali ulang tahun perkahwinan mereka, Aidid tidak pernah terlepas untuk mengucapkan doa dan rasa cinta Aidid kepada isteri tercinta.

Loading...

Aidid dan Norzie telah mendirikan rumah tangga pada tahun tahun 2005 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata, seorang perempuan dan 3 orang lelaki. Biarpun ketika ini Aidid telah mempunyai syarikat sendiri, tanggungjawab sebagai ayah dan suami dilaksanakan dengan sebaiknya.

Norzie Pak Wan Chik pernah menjadi pengacara rancangan Nona di TV3, sebelum mengambil keputusan berhenti untuk menumpukan sepenuh perhatian beliau terhadap keluarga.

Aidid menulis posting dilaman instagramnya dan mendapat respon baik dari followernya. Ternyata Aidid mendedahkan sikapnya agak berbeza dengan isterinya itu.

Dia faham kerja aku
Dia tahan karenah aku

Dia tahan lawak bodoh aku
Dia always support aku

Dia tak suka orang kencing aku
Dia sayang aku sangat-sangat

Siapa kata CINTA perlukan persamaan? Meh aku cerita apa bezanya kitorang selain dia pompuan dan aku jantan…

Dia suka CNN 
Aku suka Raja Lawak

Dia suka dengar news podcast
Aku dengar radio melayu

Dia layan country music
Aku layan newboys

Dia suka ikan keli masak sambal
Aku suka spaghetti 
Dia suka bebel
Aku suka buat dia bebel

Dia suka sushi
Aku buat2 suka sushi

Dia suka suka shopping
Aku suka garu kepala

Bagi aku… yang paling penting antara aku dan dia;

Aku faham dia
Dia faham aku

So, korang macamana? Cube share sikit?

“Thank you sayang sebab dah macam-macam kita harung selama 13 tahun, daripada tak reti apa pasai nak jaga 1st baby… sampailah anak pun dah tua bangka dah… kita pun makin tua dan makin menyembah bumi…

“semua yang baca komen ni, doakanlah dalam hati supaya kami sentiasa dirahmati dan dikekalkan jodoh hingga ke akhir hayat.

“Yang penting sama2lah kita tegur menegur, bantu membantu bukan hanya utk menjadi pasangan didunia, tetapi kita doa utk terus jumpa di SANA bila sampai waktunya. I you b!
Sorry kena kerja jauh dari u, tapi hati kita sentiasa bercantum… HAPPY 13th ANNIVERSARY ?” tulis Aidid.

Kami mendoakan agar pasangan ini berkekalan hingga ke Jannah dan peliharakanlah rumah tangga pasangan ini agar senantiasa aman dan damai serta dijauhi daripada segala cubaan serta dugaan yang merosakkan ikatan mereka, in shaa Allah, aamiin!

Untuk pengetahuan, setelah 15 tahun dalam bidang pengacaraan bersama stesyen TV3, Aidid mengambil keputusan untuk berhenti dan membuka syarikat produksi sendiri, Mindquest Productions. Walaupun sibuk, tetapi bapa muda ini tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah kepada 4 cahayamata.

Jika ditinjau di laman instagramnya, Aidid dilihat seorang yang cukup aktif bersukan. Malah dia turut memperuntukan masa mengajak anak-anak ke gim untuk melakukan aktivitibersama.

Bagi Aidid, anak-anak dan isterinya adalah harta dan keindahan dunia yang Tuhan kurniakan kepadanya. Merekalah jadi penmen kala sunyi dan juga tempat jadu luahan hati jika ada masalah. Dan ingatannya kepada ibu bapa di luar sana agar jagalah harta Allah ini sebaik mungkin.

Sumber : GNews

SUMBER

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here