Loading...

Makin panas mengenai isu penarikan balik gelaran Dewi Remaja edisi terbaru yang disandang Haneesya Hanee.

Loading...

Selepas itu tersebut terjadi akibat video sensasi yang tersebar lalu mencetuskan viral, ada netizen yang membayangkan seperti ada unsur sab0taj dari sesama finalis.

Lalu, video lima finalis yang diundang ke program MeleTop sebelum final kembali menjadi viral apabila rakan hos, Nabil Ahmad ada berseloroh mengenai isu yang kini dikatakan berlaku!

Kisahnya, sebelum malam akhir Dewi Remaja pada Ahad lepas, Top 5 Dewi Remaja 18/19 telah ditemu bual dan Nabil Ahmad ada mencelah;

“Lepas kalau kalah nanti, aku Akan Sebarkan Gambar, so obviously you guys dah sama-sama, tahu rahsia each other”

“That’s not gonna happen lah eh?” tanya Nabil secara bergurau.

Rata-rata netizen memberitahu bahawa mulut Nabil seolah ‘masin’ kerana apa yang dikatakan oleh Nabil itu sepertinya jadi kenyataan.

Masin mulut Nabil..

Nabil dah lama dalam industry, makan garam dulu

Malah sedutan video temu bual terbabit juga mulai dikongsikan pengguna media sosial.

Video : Twitter Mein Mokhtar

Pertama Kali Dalam Sejarah: Takhta Dewi Remaja 18/19 Ditarik, Haneesya Hanee Profesional & Terima Hati Terbuka

Haneesya Hanee, ditarik gelaran sebagai Dewi Remaja 2018/19, hari ini. Penarikan gelaran berkenaan telah pun dilakukan menerusi suatu sidang media khas yang dilakukan di Nu Ideaktiv, Shah Alam tengah hari tadi.

Haneesya yang hadir mengenakan pakaian serba hitam dilihat relak, meski bersedih atas apa yang berlaku.

Editor Majalah Remaja, Faiz Aimman menerusi sidang media tersebut menjelaskan, pemenang tempat kedua pencarian gadis itu, Tia Sarah masih kekal mendukung status sebagai pemenang tempat kedua Dewi Remaja.

Secara ringkasnya, tiada sesiapa yang ditabalkan sebagai Dewi Remaja terbaru memandangkan gelaran tersebut hanya dirujuk kepada satu-satu pemenang sahaja.

“Walaupun menarik balik gelaran tersebut (Dewi Remaja 2018/19), tetapi Tia Sarah masih kekal di tempat kedua, Sherin Amiri di tempat ketiga. Sementara Aween Ismail sebagai Dewi Inspirasi dan Arena Iman pula Dewi Faveroite.

“Tiada sesiapa daripada mereka yang akan mengganti atau menyandang gelaran tersebut kerana status itu telah jelas milik Haneesya. Tetapi berikutan insiden yang berlaku kami mengambil pendirian untuk tidak meletakkan pengganti bagi kekosongan berkenaan.

“Demi menjaga kredibiliti Dewi Remaja, kami memutuskan untuk tidak mempunyai pemenang tempat pertama bagi edisi kali ini. Hanya pencarian yang akan datang, kami akan tabalkan penyandang kesepuluh.

“Jadi finalis lain yang mempunyai gelaran akan terus mewakili jenama ini dalam sesi sidang media, bertemu pihak penaja atau sebarang keperluan berkaitan Dewi Remaja pada masa akan datang,” jelas Editor Pengurusan, Fiezreen Ahmad.

Pada masa sama, Faiz mewakili Nu Ideaktiv turut kesal terhadap apa yang berlaku, lebih-lebih lagi ia terjadi setelah pemenang terbaru dimumkan. Perkara telah pun berlaku dan dirasakan tindakan sewajarnya perlu diambil.

Sementara itu, turut diperjelaskan bahawa video tular berkenaan berlaku sebelum pertandingan akhir berlangsung. Ia terjadi hampir sebulan sebelum malam final. Jadi pada malam kemenangan, individu terlibat berada di rumah bersama keluarga.

“Apapun, pihak kami memuji akan tindakan Haneesya yang mempunyai keberanian dengan tampil secara profesional demi memperbetulkan keadaan. Kami tetap menyokong perjalanannya dalam apa sahaja yang dilakukan selepas ini,” tambah Faiz.

Dalam pada itu, gadis berusia 18 tahun ini turut meminta maaf terhadap apa yang telah terjadi dan mengharapkan sokongan berterusan dari para penyokongnya agar menjadi insan yang lebih baik selepas ini.

“Assalamualaikum, jauh dari sudut hati saya minta maaf. Saya mengaku itu salah, itu perbuatan saya dan sedar dengan sebarang keputusan yang bakal diambil pihak Remaja. Saya menerima keputusan penarikan balik gelaran dengan hati terbuka.

“Itu tindakan yang wajar malah sebelum sesi ini, saya sudah sedia untuk mengembalikan gelaran sebab tahu ia sedikit sebanyak boleh menjejaskan jenama tersebut. Saya minta maaf sekali lagi,” katanya dalam linangan air mata.

Menyifatkan apa yang berlaku menjadikan dirinya lebih kuat dan positif, Haneesya turut meminta netizen supaya tidak menyalahkan ibunya atas apa yang terjadi.

“Bukan salah ibu kerana tidak pandai menjaga saya. Ibu tiada kena mengena kerana ia adalah pilihan saya. Kalau boleh, berikan ruang padanya. Itu sahaja,” terang Haneesya.

Turut dilangsungkan, sesi penyerahan kembali replika cek, trofi dan tiara Dewi Remaja. Hadir sama ialah pemenang tempat kedua pertandingan tersebut.

Selamat maju jaya buat Haneesya dan semoga yang berlaku memberi ruang buatnya untuk terus maju dalam seni.

Sumber: MH via MediaOhsem

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here